Wednesday, December 18, 2013

Pajeri Betik Muda


PAJERI BETIK MUDA


Bahan 
1 biji betik muda [warna oren]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]  
5 ulas bawang merah ] tumbuk 
2 ulas bawang putih   ] 
1 sudu besar udang kering [tumbuk] 
1 inci  kulit kayu manis 
3 sudu besar rempah kari ikan [dibancuh dengan air] 
4 sudu besar minyak masak
3 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik 
Garam secukup rasa 

Cara membuat 
1. Betik dibuangkan kulit dan biji. Potong kecil.


2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu 
manis dan rempah kari sehingga naik minyak.  
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah.


4. Masukkan kerisik dan betiksekali. Kacau sekali-sekala supaya rempah tidak melekat pada periuk.
5. Masakkan hingga kuah pekat dan naik minyak. Hidangkan.

Kuih Bakar Berlauk

Teruja dengan kejelitaan dan nampak sedap kuih bakar daging kakjee atau Fauziah Samad, kakliza pun mengolah...mohon maaf jika kakliza durhaka...anyway terimakasih kerana bagi idea untuk kuih yang sedap dan senang ini...




KUIH BAKAR BERLAUK

Bahan A 
400 gram daging kisar [dilerai]
500 gram ubi kentang [dipotong dadu kecil]
1 batang lobak merah [dipotong dadu kecil]
1 labu bawang besar [dipotong dadu kecil]
2 sudu makan serbuk kari daging
1 pokok daun sup [diracik]
3 biji cili merah [dihiis]
1 cawan air
2 sudu besar minyak masak 
garam secukup rasa

Bahan B
3 cawan tepung gandum
1 1/2  cawan susu cair
4 cawan air
5 biji telur A
Sedikit garam
1/2 sudu kecil pewarna kuning
2 sudu besar minyak

Cara Membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan kacau rata,
3. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Kacau rata sehingga naik minyak
4. Masukkan kentang, lobak merah.dan garam. Masakkan sehingga empuk dan pekat.
5. Bancuhkan semua bahan B kecuali minyak masak. Tapiskan.
6. Panaskan sedikit minyak dalam acuan kemboja dan tuangkan adunan agak separuh acuan.
7. Masukkan inti yang dimasak dan taburkan daun sup dan cili merah.
8. Masukkan acuan ke dalam pemanggang ajaib yang telah diletakkan jaring besi dan tutup.
9. Masakkan selama 20 minit.
10. Potong kecil dan hidangkan.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers