Monday, September 16, 2013

Serbian ~ kucing anak dara kakliza



ini adalah Serbian atau dipanggil Serbi..ia kucing betina..umur anggaran 3 tahun
ia adalah kacukan kucing hutan dan kucing biasa..kawan anak dara kakliza [Azlina] bagi pada dia masa Serbian kecil lagi..masa tu Azlina tinggal di Shah Alam yang mana kawan serumahnya juga cat-lover....tapi bila dia balik duduk Kerteh dia pun bawa kucing ni balik juga .apabila Azlina kerja di Cyberjaya, dia berkongsi rumah dengan pelajar MMU jadi kami sepakat bela Serbi di Kerteh..

semasa Azlina sewa rumah di Kepong Serbian terkeluar dari rumah dan terus tak balik selama 3 minggu..puas Azlina mencari merata tempat..kami pun sedih juga tetapi apakan daya hanya terus berdoa supaya Serbian balik..akhirnya satu hari Azlina nampak Serbian merayau mencari makanan ..Azlina memanggil namanya dn mujur dia datang dan terus dia menangkap Serbian..badannya agak kurus dan bulunya keras..kesian dia..mungkin tak cukup makan dan tidur merata kot...


ni dalam perjalanan balik dari KL ke Kerteh..aceli Azlina ada bela 2 ekor kucing masa di KL dulu..dua-dua dia bawa balik Kerteh dan kami terpaksa bela walaupun kakliza dah pesan takmau bela kucing lagi..
setakat ini dalam kereta depa dua ni memang Ok..mujurlah tak meragam..atau buat hal/projek..tidur jer..

ni pula dalam perjalanan balik raya..Alkisahnya kami berhenti untuk buka puasa di masjid KT..asben kakliza saja suruh bawa turun Serbian tu tapi ikat lehernya dengan neck colar tu..tapi entah macam mana boleh terlepas..puaslah nak menangkapnya balik sampai akhirnya kakliza secara spontan buat solat hajat..kebetulan masa dok tunggu Serbian ni keluar dari lubang longkang tu ada sekumpulan kanak-kanak bermain mercun..kakliza minta dia baling mercun ke dalam lubang tu..apalagi Serbian tu terkejut dan terus keluar..anak-anak kakliza semua kejar dan Alhamdulillah berjaya menangkapnya semula....rupanya asben kakliza pun buat juga solat hajat supaya Serbian dapat semula..
itulah dia fadilat solat hajat...hanya yang membuatnya saja merasa nikmatnya..
rupanya kami telah berhenti tadi selama 4 jam..bayangkan lama sungguh..
akhirnya jam 11 malam baru kami mulakan perjalanan semula untuk balik beraya ke Kedah...
tetapi baru sekejap memandu asben kakliza mengantuk pula..kami berhenti rehat..tetapi kucing tu tetap tak boleh keluar kereta..
Alhamdulillah walaupun perjalanan selama 17 jam mereka 2 ekor tak membuat sebarang raga,..cuma kakliza tetap risau sekiranya dia buat projek dalam kereta..


Serbian biasanya bermain dengan Alakay..Alakay kucing jantan berumur 2 tahun..muda sedikit..dua-duanya kami telah buat pemandulan kerana bimbang asik beranak atau kencing merata..seronok tenguk mereka berlari..bermain dan bergurau..

ini adalah gambar terakhir yang kakliza ambil..
sekarang ni dah 5 hari Serbian menghilangkan diri..kakliza rasa sungguh sedih kerana biasalah bila kita sudah bela binatang peliharaan memang timbul rasa kasih yang mendalam..
kakliza hanya dapat berdoa supaya Serbian pulang semula..mungkin dia merajuk sebab ada kucing betina lain dok bertandang kat rumah kakliza..

4 comments:

Akmall Razlan said...

kesiannya kak liza.. ilang pulak? ada orang amik kot? selalunya camtu lah.. akak buat solat hajat tu.. mana tahu kot-kot dia datang balik. kacukan tu, cantik corak badan dia..

Anonymous said...

Hanya pencinta kucing yg faham perasaan kita dgn kucing
... saya sayang kucing

Anonymous said...

Hanya pencinta kucing yg faham perasaan kita dgn kucing
... saya sayang kucing

hanieliza said...

Alhamdulillah..
Allah telah makbulkan doa kami..berkat solat hajat kami Serbian sudah balik pagi tadi..
kelihatan agak kurus dan letih tapi tiada tanda-tanda bergaduh..
lega..
Terimakasih buat yang sudi membaca kisah kucing kami..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers