Sunday, August 12, 2012

BISKUT BEBOLA KACANG HAZEL


Bahan A

200 gram mentega

50 gram lemak sayuran [shortening]

160 gram gula kastor

1 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanilla

150 gram kacang hazel (Dikisar)

260 gram tepung gandum

100 gram tepung jagung


Bahan B (Hiasan)

100 helai acuan kertas

500 gram coklat masakan

200 gram coklat putih

70 gram cocoa butter


Cara Membuat

1. Gaulkan mentega, lemak sayuran dan gula sehingga lembut dan sebati.

2. Masukkan telur dan esen vanila, kemudian gaulkan lagi.

3. Masukkan kacang hazel dan tepung, gaulkan lagi.

4. Buatkan bentuk bebola kecil dan susunkan di dalam loyang

5. Panaskan ketuhar pada suhu 170'C selama 10 minit

6. Bakar selama 20 minit ataupun masak. Sejukkan di dalam loyang.

7. Cairkan coklat masakan cara double boiler dan campurkan dengan cocoa butter. Kacau rata.

8. Gunakan penyepit kecil dan celupkan biskut. Masukkan biskut dalam acuan kertas.

9. Hiaslah dengan coklat putih yang telah dicairkan secara doubler juga.

10. Lorekkan hiaskan diatas coklat tadi.

11. Biarkan biskut sejuk dan masukkan dalam bekas kedap udara.


2 comments:

Cahaya Malam said...

Salam kak haie kalau salutan tu tukar pad white chocolate boleh tak?

azievee said...

Sedapnyer kak liza..tp dah x dan nak buat dah...hehehe...simpan untuk tahun depan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers