Monday, July 23, 2012

Kek Lapis Sarawak


kakliza suka juga makan kek lapis tetapi bila mengenangkan banyak guna telur dan bila tenguk kalestrol dalam telur begitu tinggi hajat nak buat sendiri agak malap..
tetapi bila jiran kakliza memberikan kek ini kakliza terpikat..

kek ini kakliza dapat resipinya dari jiran kakliza Nor yang berasal Sarawak dalam tahun 2006 dulu...tetapi beliau telah pun balik ke Sarawak ..
apapun kakliza ucapkan terimakasih atas perkongsian kek yang sedap..

cuma kakliza rasa buat kek lapis memang perlukan kesabaran kerana perlu membuat lapisan demi lapisan...bakar dan jaga masa...tekan.....aduh..
tetapi hasilnya memang sedapppp...

kakliza turunkan resepi untuk dicuba..







KEK LAPIS SARAWAK


Bahan A 
250 gm susu pekat
250 gm butter

Bahan B

6 biji telur SEJUK gred A [jika gred B..gunakan 7 biji]
1 cawan gula halus
2 cawan tepung Naik Sendiri
1 s/k esen Vanilla
1 s/k ovallate

Bahan C

Kurma/asam flake/prune/kismis/coklat chips

Cara Membuat

1. Pukul susu pekat dan butter sehingga gebu.
2. Pukul gula dan telur satu persatu sehingga kembang dan gebus /ringan..
3. Masukkan bahan A, ovallate  dan esen vanilla. Kacau rata.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Kacau rata lagi.
5. Panaskan oven api atas [suhu 170'C]
6. Masukkan 2 sudu besar adunan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak.
7. Bakar sehingga masak [8-10 minit]
8. Lapiskan dengan apa2 pilihan bahan C.
9. Ulangkan step 5 sehingga adunan habis.

10 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mantaplah kek ni kak liza..
slmt brpuasa ye kak..

hanieliza's cooking said...

Selamat berpuasa buat Ratna juga...semoga ibadah kita diberkati...Amin...

CT Delima said...

As'alam Kak Liza

ct juga peminat tegar kek lapis kak, tapi memang betul membuat kek lapis memerlukan kesabaran yang tinggi. macam ct ni suka makan tapi nak kena tunggu mood rajin tinggi juga hehehe

Selamat berpuasa untuk kak Liza sekeluarga :)

noradzlina.kamdani said...

walla...best nyer resepi.

murabbi said...

nak bakar, guna api atas bawah, atau atas je..atau bawah je?

Cik Nor said...

wah bestnya. nak cuba le resepi kak liza ni. terimakasih

Anonymous said...

assalamualaikum..akak, saya nk tanya macam mana nak elak kek yang kite bakar tu melekat dekat loyang..sya dah try buat..hehe masa nk keluarkan dari loyang tu..jenih nk ketuk nk keluarkannye..upanya melekat..hehe..hasilnye lapisan bawah rosak..nak nangis lha cm ni..

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Kakak saya kelima mesti suka kalau saya buat untuk dia ni.

Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

saya mintak akak tolong halalkan ilmu yang dikongsi yee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers