Monday, January 30, 2012

Bihun Goreng Ciliapi..pedas berapi....


BIHUN GORENG CILIAPI

Bahan-Bahan:

600 gm bihun [direndamkan sehingga lembut dan toskan]
200 gm sotong [hiris nipis]
200 gm udang [buangkan kulit]
200 gm sawi [potong pendek]
200 gm kobis [racikkan]
1 batang lobak merah [hiris halus]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
½ cawan air
3 sudu besar minyak
garam

Bahan Mesin/Tumbuk
20 tangkai ciliapi
3 biji cili merah
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehinggan wangi.
2. Masukan sotong dan udang, Kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan kobis, carrot, sawi dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
6. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan cili merah.

Tips
Boleh gantikan sotong atau udang dengan hirisan isi ayam.

5 comments:

Ayam said...

Salam Kakliza,
Sedapnya makan vihun yang pedas camnie.

Mulan said...

nak jugak..!!!

Anna Qawina said...

aslmkm kak..sedapnya meehoon i, pasti berasap makan..

Cekgu Maz said...

salam...musti sedap kan...tapi kt umah nie kalau pedas sangat xjalan...

Sitie N Dania Qistina said...

salam...nak tanya kat kerteh ada x jual buah kundang?dah musim buah ni ke belum yer...sbb tgh cari buah tue..lau ada maklumbalas..tlg e-mail kat saya yer sitiendania@gmail.com
tq,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers