Friday, November 19, 2010

Demo Masakan lagi...

Salam..kakliza akan sibuk bagaikan Wanita Pertama jer..[perasan jerr] untuk jelajah Malaysia..

20 November 2010 [Sabtu] ke Kuala Lumpur

22 - 26 November 2010 [Isnin - Jumaat] - Photo-shooting buku Biskut dan Kek Perayaan [50 resepi]

27 November 2010 [Sabtu] - Kelas Masakan di Putri Apatment, Jalan Setiawangsa 21, Kuala Lumpur [6 resepi]

28 November 2010[Ahad] - Bengkel Masakan dengan MSU/Mingguan Wanita di Shah Alam


2 Dsember 2010 [Khamis] - Majlis Konvokesyen anak dara kakliza di UiTM Shah Alam


3 Disember 2010 [Jumaat] ke Port Dickson [rumah adik perempuan kakliza]


4 Disember 2010 [Sabtu] ke Johor Bahru, Johor [akan singgah jumpa En. Mat Gebu di Sedenak, Johor]


5 Disember 2010 [Ahad] - Demo Masakan di Danga City Mall jam 2.00 - 2.45 petang [2 resepi] [Balik Kerteh]

9 Disember 2010 [Khamis] - Lawatan Keluarga ke Plant Petronas Penapisan


10 Disember 2010 [Jumaat] - Demo Masakan di Kedai Buku POPULAR Mesra Mall,
Kerteh, Terengganu jam 3.00 - 5.00 petang [4 resepi]

11 Disember 2010 [Sabtu] - Demo Masakan di Kedai Buku POPULAR Kuantan Mega
Mall, Kuantan, Pahang jam 3.00 - 5.00 petang [4 resepi]

12 - 14 Disember 2010 [Ahad - Selasa] ke Kuala Lumpur


14 Disember 2010 [Selasa] - Balik Alor Setar, Kedah


17 Disember 2010 [Jumaat] - Demo masakan di Kedai Buku POPULAR Star Parade,
Alor Setar, Kedah jam 5.00 - 7.00 petang [4 resepi]

18 Disember 2010 [Sabtu] - Demo Masakan di Kedai Buku POPULAR Star Parade,
Alor Setar, Kedah jam 3.00 - 5.00 petang [4 resepi]

19 Disember 2010 [Ahad] - Demo Masakan di Kedai Buku POPULAR Plaza Gurney,
Pulau Pinang jam 3.00 - 5.00 petang [4 resepi]

20 Disember 2010 [Isnin] Balik Kerteh

Thursday, November 18, 2010

Kelas Masakan di Kuala Lumpur


Assalamualaikum..
kakliza akan mengadakan kelas masakan di Kuala Lumpur pada 27 November 2010 akan datang..
sesiapa yang ingin hadir boleh hubungi no. telefon yang tertera.
Tempat adalah terhad. Siapa yang ingin, boleh buat bayaran pendaftaran untuk mendapat tempat.

Sunday, November 14, 2010

Sosej & Telur Hancur

Salam Ahad...
pagi ni hujan..cuaca agak sejuk..
nak g cari roti canai pun malas jer nak keluar...
so kakliza pun godek-godeklah sosej dan telur..makan dengan roti bun sosej...

SOSEJ & TELUR HANCUR

Bahan
3 batang sosej ayam [potomg kecil]
2 biji telur [pukul sedikit]
1 pokok kecil brokoli [potong kecil]
1 labu bawang besar ]
2 biji tomato ] potong dadu
2 biji cili merah ]
1 sudu besar minyak
garam secukupnya
cili sos
sos mayonis /thousand island
roti bun sosej [belah tengah]

Cara
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar.
2. Masukkan sose, brokoli dan cili. Gaul rata.
3. Masukkan telur dna biarkan keras sebentar. kacau supaya bergaul rata.
4. Angkat dan masukkan dalam roti bun sosej.
5. Hidangkan dengan sos cili dan sos mayonis/thousnad island.


Saturday, November 13, 2010

Bendi Rebus & Sambal


Salam.. le ni banyak dapur dok tayang Bendir rebus dan Sambal..
aceli 3 minggu lalu kakliza ada buat kelas [bengkel masak] untuk peserta dari PLPP Jerteh, Terengganu..
antara menu yang dimasak adalah Bendir rebus dan Sambal..
kkliza ada ambil gambar tetapi tak berapa cantik..
so 3..4 hari lalu kakliza pun ulang masak sayur itu..

BENDIR REBUS & SAMBAL

Bahan A
500 gm bendi kecil [potong hujung]
1 liter air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil minyak
1 cawan ketulan ais

Bahan B
10 tangkai cili merah ]
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mesin kasar
1 sudu besar udang kering ]
1 sudu kecil belacan ]
3 sudu minyak
garam

Cara
1. Masukkan semua bahan A kecuali bendi dan ketulan ais dalam periuk dan panaskan sehingga air mendideh.
2. Masukkan bendir dan biarkan selama 5 minit.
3. Angkat bendir dan amsukkan dalam mangkuk yang tersedia ketulan ais. Biar sekejap.
4. Toskan dalam tapiskan. Susunkan dalam pinggan hidangan.
5. Panaskan minyak dan tumiskan bahan ayng dimesin sehingga naik minyak.
6. Masukkan garam dan kacau rata.
7. Tuangkan atas bendir dan hidangkan.


Friday, November 12, 2010

Kek Pelangi

KEK BUTTER PELANGI

Bahan
250 gm butter
40 gm majerin
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam
230 gm tepung gandum ]
1 sudu kecil baking powder ] ayak bersama
80 ml susu segar/fresh milk
1 sudu kecil coklat pes
pewarna merah dan hijau

Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan esenvanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Setiap satu bahagian ditambah dengan coklat pes, merah dan hijau Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
8. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan sedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
9. Sudukan adunan ke dalam loyang dari setiap bahagian yang berlainanan warna secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
10. Bakar adunan selama 50 - 60 minit dengan suhu 180 C.
11. Sejukkan dan hiaskan mengikut citarasa sendiri.

Thursday, November 11, 2010

Bermesra-mesra di Mesra Mall Kerteh

me n my pasta


Salam..
semalam dengan tak dirancang kakliza membuat late breakfast gathering diMesra Mall Kerteh bersama dengan beberapa orang gang blogger/FB..
kebetulan kakliza ingin menguji masakan Pasta yang di Melayukan..
kali ini kakliza memasak Fertucinni Goreng Paprik..
ini adalah rentetan beberapa resepi PASTA yang kakliza akan tuliskan untuk majallah..
Alhamdulillah mereka gembira sekali menikmati masakan Pasta yang dimelayukan...

aceli kakliza bawa camera tapi malasnya nak tembak-tembak...so kakliza pinjamkan dari gambar yang di tembak oleh penguji maskan kakliza..
so kakliza ucapkan terimakasih kerana sudi memberi pinjam gambar untuk tayangan blog akak...


gambar ni kakliza ambil dirumah untuk majalah..

ni dari camera food tester kakliza..

ni dia sebahagian food tester kakliza..

tembak..jangan tak tembakkkk..

Monday, November 08, 2010

Daging Lada HItam

salam..
pagi tadi kakliza bawa lauk Daging Lada Hitam ke majlis baca Yassin rumah kawan..
so boleh lah cuba masak..




DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan

500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

Bahan Tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

Bahan Hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

Tuesday, November 02, 2010

BIZI more than the BEES




Assalamualaikum..
Alhamdulillah... bizi tu bermakna rezeki....
dengan tak disangka..projek demi projek berjalan masuk...
tapi biasalah jika ada projek..sudah tentu bizi giler-giler punya la...

kakliza akan mengendalikan Kelas Masakan lagi..
kali ini akan ambil masa selama 3 hari..pada cuti hujung minggu ini..
saperti biasa kakliza akan menyediakan text resepi..kali ini 32 resepi Nasi dan Lauk-pauk
kemudian akan dicetak dan bindkan untuk memudahkan peserta membuat rujukan..

kakliza akan membuat kelas ditempat [rumah Aktibiti Petronita] di Rantau Laut juga memandangkan rumah itu agak sesuai untuk pembelajaran..
sebenarnya rumah itu digunakan untuk kelas tusyen bagi anak-anak kakitangan Petronas disini..


semoga Allah permudahkan segala urusan kelas masakan pada hujung minggu ini ....
InsyaAllah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers