Wednesday, September 01, 2010

Kuih Talam Keladi Berlauk


TALAM KELADI BERLAUK

Bahan A

2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung gandum
6 cawan santan [1 biji kelapa]
1sudu kecil garam

Bahan B
2 cawan ubi keladi [potong dadu, rebus dan toskan]
2 sudu besar udang kering
4 tangkai cili merah [cincang]
1 pokok daun bawang ]
1 pokok daun sup ] racik
2 sudu besar bawang goreng

Bahan C [hiasan]
3 tangkai cili merah [cincang]
1/2 cawan bawang goreng
1 pokok daun sup dan daun bawang [racik]

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci.
2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yg telah diletakkan dalam kukusan.
5. Kukuskan adunan selama 30 minit.
6. Bila dah masak sejukkan beberapa jam.
7. Potong kueh dan taburkan bahan hiasan.
8. Hidangkan.

4 comments:

junaidah said...

sedapnye kak...ingin nak cuba tapi nanti saya sorang je makan...sebab nampak sayur2nye...

hanieliza said...

sayurannya boleh ditolak tepi..cubalah dulu abru tahu kelazatannyaaa...

ct said...

salam,
sy mnt sgt blog k.liza.byk resepi yg best2.nak mnta izin share di blog sy bleh ke?tq.

Anonymous said...

Salam chef. Saya mencari resepi talam keladi dr resepi chef hanieliza. Tapi tak jumpa. Boleh tak saya dptkan resepi dr chef. Saya ingin membuatnya dirumah dan ingin berniaga. Boleh email ke supikariff@ yahoo.com. terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers