Tuesday, October 06, 2009

Rendang Pedas Ayam


Assalamualaikum..
semalam kakliza teringat nak makan rendang ayam yang pedas kaw-kaw sebab masa Raya bebaru ni SIL kakliza buat rendang tanpa sebiji cili pun kerana takut anak kecill tak makan..
tapi akhirnya bukan kata budak kecil jer tak makan..anak-anak kakliza pun tak makan sebab tak terasa pedas lansung..
untuk tidak merasa teringat-ingat..kakliza pun buat rendang pedas ayam dan dimakan dengan pulut kuning..

jom kita layan.

.

RENDANG AYAM

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit [mayang halus atau koyakkan]

garam

Bahan Mesin
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
25 biji cili api

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
3. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat dan naik minyak.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.




PULUT KUNING

Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk [bancuh dan tapiskan ]
air secukupnya untuk merendam pulut.
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
1 sudu kecil gula
garam secukupnya



1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama beberapa jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dildidehkan airnya.
5. Kukuskan sehingga naik wap.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dengan garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi [20-25 minit].
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan ]jika mahukan pulut berbentuk]
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.

8 comments:

HALAMANKU said...

akak...sedapnye...siap memulut kuning lagie...demam rayer.... ops..pose...nak datang makan he he

MAK TEH said...

aduh k.liza,sedap banget,esok ada open house kat sebelah rumah,harap2 ada ni..tapi masakan org johor x sesuai la ngan anak tekak hamba...nak hok utara dan ganu gak...

eiyna said...

leleh abis air liur nie.da la pose....aduii....kak liza.ina suka rendang2 nie nk pulak klu buat pedas2 lg kita suker.ina da try kueh kcg akak.mmg sedap.thanks kak bg recepi tue.simple n sedap.xsusah bg yg br blajar msk cam ina.

MamaFaMi said...

Kita tak pass lagilah kak buat rendang ni. Rendang kita tak sedap! Sedih tol!

3ERINA said...

akak..sedapnya pulut kuning bersama rendang...talan air liur...

Hanin Binti Ali Muslim said...

salam kak liza,
sedapnye...selera kalau ada rase pedas2.biasanya masak rendang letak cili kering aje,jarang la nak letak cili padi.pasni boleh la try...aku mkan sendiri aje la..suami tak leh pedas langsung...eheee

Pre-Loved LISTa said...

salam...
akak, ambil tempahan utk pulut kuning x?
sy nak cari la kat mane boleh
order pulut kuning.

aniszee@gmail.com

Bakeling said...

Salam.
Saya telah masak rendang ayam kak dan berterima kasih sharing this sedap resipi dengan kita !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers