Wednesday, February 25, 2009

Daging Gulai Kawah

daging kawah
Bahan
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

1 comment:

Delicaberry Gallery said...

kak liza, nak cari rempah mentah dan rempah msk ROSE tu di mana yer?? Kt kl ni xde pun nmpk dulu masa balik kg hubby kt kemaman adalah tpi rempah msk aje..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers