Sunday, January 25, 2009

Puding Buih Lapis

Puding-Buih-Lapis

PUDING BUIH LAPIS

Bahan

4 biji putih telur
12 gm serbuk agar-agar
1 liter air
160 gm gula
pewarna [ikut pilihan sendiri]
loyang 4 segi 8 x 8 inci

Cara
1. Putih telur dipukul sehingga menjadi gebu. [kiranya kalau diterbalikkan tidak akan jatuh]
2. Bahagikan putih dibahagikan 4 bahagian
3. Serbuk agar-agar, gula dan air dimasukkan dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
4. Ambil agar-agar 1 cawan dan campurkan dengan 1 bahagian putih telurdan warna.
5. Kacau perlahan sehingga semua warna sebati.
6. Tuangkan dalam loyang dan biarkan agak separa keras.
7. Ulang semula proses [4] - [6] dan lapiskan perlahan-lahan diatas agar-agar yg separa keras tadi.
8. Ulang semua proses melapis sehingga semua bahan habis.
9. Sejukkan dan potong. Hidangkan.

NOTA
Oleh kerana masa kkliza belajar puding ini tidak gunakan susu cair dalam adunan, so kkliza rasa lebih sedap dihidangkan dengan sos kastad dan fruit koktel.. ]

SOS KASTAD

Bahan

1 cawan susu cair
1 cawan air fruit koktel
3 s/b tepung kastad

Cara
1. Gaulkan semua bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
2. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
3. Hidangkan dengan fruit koktel sebagai hiasan.


kak liza gunakan serbuk agar-agar ini..


serbuk-agar-agar

2 comments:

Ummu Aqil said...

salam kakliza...
menarik nampak puding nih...
kite biasa wat yg 1 lapis je...berlapis2 nih tak pernah lg...nanti leh cuba...

fatin said...

eeeii sedapnya terliur nampak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers