Thursday, January 29, 2009

Cucur Udang

cuti CNY masih ada lagi..anak2 pun ada kat umah lagi...
so kkliza buatkan ..


cucur udang

CUCUR UDANG

Bahan A

2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
daun kucai
taugeh
cili merah [cincang]
garam
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
udang kertas secukupnya

Bahan Mesin
1 s/b udang kering
1 labu bawang besar
2 cawan air

Cara
1. Gaulkan rata semua bahan kecuali minyak dan udang kertas.
2. Panaskan minyak.
3. Sendukkan adunan dan letakkan udang diatas adunan.
4. Curahkan adunan yg berisi udang ditepi kuali dan biarkan ia meluncur jatuh dalam minyak.
5. Biarkan gorengan sehingga garing.
6. Angkat dan toskan.
7. Potong kecil dan hidangkan dengan sos cili.


SOS CILI

Bahan A

10 tangkai cili merah [buangkan biji]
1 cawan air
3 s/b cuka
1 ulas bawang putih [jika suka]
3 s/b sos tomato
2 s/b gula
garam

Bahan B
3 s/b air
1 s/b tepung jagung

Cara
1. Mesinkan semua bahan A sehingga halus.
2. Masakkan sehingga mendidih.
3. Bancuhkan bahan B dan masukkan dalam adunan cili.
4. Masakkan sehingga nampak pekat.
5. Tutup api dan hidangkan dengan cucur udang.

1 comment:

Anonymous said...

Salam kak liza, saya nak tahu utk semua sukatan sudu besar dlm masakan dan baking kak liza gunakan 1tablespoon metric ke?

Tq n salam
Siti

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers