Monday, September 15, 2008

Ayam Panggang & Salad Makaroni



Quote:
DARJAH-DARJAH PUASA

Puasa tu mempunyai 3 darjah (tingkatan):
1. Puasa 'Umum'
* Puasa kebanyakan orang hanya dengan menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya.

2. Puasa 'Al-Khusus'
* Berpuasa dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.

3. Puasa 'Khususul Khusus'
* Berpuasa dengan cara memelihara segala perkara yang tersebut di atas tadi, sambil menjaga hatinya daripada berfikir mengenai hal ehwal dunia dan sifat-sifat riak, 'ujub, takabbur dan lain-lainnya.



AYAM PANGGANG & SALAD MAKARONI



Baha
n
1 ekor ayam (sederhana besar)..potong 4 dan bersihkan

Bahan Mesin dan Perap
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
1 cawan yogurt
1 ici halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji tomato buah
1 pokok daun ketumbar
1 sudu besar madu/gula
1 sudu besar minyak
garam secukupnya

Cara
1. Perapkan bahan ni bersama ayam dan bakar dalam oven 200 C sehingga masak (1 jam).
2. Hidangkan bersama salad makaroni dan roti bun.

SALAD MAKARONI



Bahan

250 makaroni
kacang merah [kakliza gunakan dalam tin]
kacang kuda [rendam dan rebus lembut]
cili kapsicum merah ]
cili kapsicum hijau ] mayang
jagung [rebus]
tomato [potong kecil]
olive oil
garam

Cara
1. Rebuskan makaroni dengan garam sehingga lembut.
2. Toskan dan gaulkan dengan olive oil.
3. Gaulkan dengan bahan lain dan hidangkan bersama ayam panggang dan roti.







No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers