Monday, June 30, 2008

Lala Goreng


LALA GORENG

Bahan

1 kg siput lala
3 s/b minyak
3 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] tumbuk
3 tangkai cili merah ]
2 s/b sos tomato
garam

Cara

1. Siput lala direndamkan dalam air sebentar. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
3. Masukkan sos tomato, garam dan siput lala. Kacau rata.
4. Tutup dengan penutup kuali dan biarkan sebentar.
5. Angkat dan hidangkan dalam pinggan.

1 comment:

Anonymous said...

salam..
bakal mak mertua sy suke masakkan lala goreng nie
kdg2 dia letak daun selasih or kucai.. masak pedas2 manis sket..
perghhh...syok wooo

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers