Sunday, January 20, 2008

Telur Dadar Pudina



PUDINA
Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha.Terdapat berbagai jenis pudina di seluh dunia, antaranya:

~ mentha spicata "moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot,

~ mentha aquatica untuk merawat cirit-birit

~ mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.

Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.

Selalunya daun pudina digunakan sebagai ulaman, bahan ulaman laksa, boleh dibuat kerabu dan juga sebagai bahan masakan dalam masakan nasi beriani.


Bahan
4 biji telur
3 biji cili merah [mayang]
1 labu bawang besar [ mayang]
6 - 8 pokok daun pudina [racik]
garam
minyak

Cara
1. Masukkan semua bahan dlam mangkuk dan kacau rata.
2. Panaskan minyak dan masukkan adunan telur.
3. Masakkan dengan api yg sederhana.
4. Terbalikkan sebelah lagi.
5. Bila nampak telur kuning keemasan boleh tutup api.
6. Masukkan dalam pinggan. Hidangkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers