Thursday, January 24, 2008

Shepherd Pie



Bahan
500 gm daging kisar
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 cawan kacang peas
8 biji cendawan tin [belah 4]
5 biji buah tomato masak
1 batang carrot [potong dadu]
1 pokok daun sup [cincang]
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b lada hitam tumbuk ]
1 kiub stok daging
2 s/b minyak
garam


Bahan Kentang
1 kg kentang [potong dadu]
1/2 cawan susu segar
2 s/b mentega
garam, serbuk lada sulah
air untuk merebus kentang secukupnya

Cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak.
3. Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung
4. Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan akcau sehingga masak.5. Angkat dan masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak buat pie dalm mangkuk kecil.
6. Kentang direbus dengan air dan garam sehingga air rebusan kering.
7. Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
8. Masukkan sedikit kentang dalam mangkuk aluminium kecil.
9. Masukkan inti dan tutupkan dengan kentang lecek lagi.
10. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit
11. Sejukkan dan hidangkan.

1 comment:

Ana said...

nampak sedap kak hanieliza...mohon share resepi yer kak!insyaAllah nak cuba.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers