Sunday, January 27, 2008

Kurma Telur


BAHAN
6 biji telur rebus [buangkan kulit]
3 s/b rempah kurma
2 mangkuk santan atau 1 cawan yogurt asli
2 biji kentang [potong kecil]
3 biji cili hijau
2 biji tomato buah [belah 4]
2 labu bawang besar [belah 4]
minyak
garam

Bahan tumbuk
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara:
1. Bancuhkan rempah kurma dengan bahan tumbuk. Panaskan minyak.
2. Tumis rempah sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan santan atau yogurt, kentang dan telur. Biarkan mendideh.
5. Bila mendideh masukkan garam dan semua bahan lain dan biarkan sehingga
mendideh dan pekat.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

2 comments:

ICook4Fun said...

Kak liza, do you mind if I link your blog to mine?

Pnut said...

kak liza...selamat jadi blogger pulak... akak bubur asyura tu buatkan kita terliur tau...tak sabar nak tunggu balik kampung suruh mak buat...mak makan macam mak punya jugak...

kat kedah mmg version manis...sedap...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers